Isnin, 31 Oktober 2016

KEDAH JUARA BARU PIALA MALAYSIA 2016

Assalamualaikum, Salam  Isnin (31.10.16)

SIAPA JUARA ? SELANGOR atau   KEDAH  
.....sudah terjawap KEDAH JUARA !!!!!

Juara Final Piala PIALA MALAYSIA 2016 milik Kedah selepas berhempas pulas selama 120 minit...tahniah kepada kedua-dua pasukan yang mempamirkan permainan menarik sepanjang 120 minit. Namun penalti menentukan segala-galanya.

Oleh kerana bola itu bulat maka Selangor kena menerima kekalahan di tangan Kedah secara Profesional. Namun demikian pujian menggunung harus diberikan kepada Pasukan Kedah yang membuat penampilan kali ke 2 Final Piala Malaysia setelah gagal kali pertama tahun 2015.

KE STADIUM SHAH ALAM DARI CHANGLUN
UNTUK MELIHAT KEDAH MENANG
PULUN KEDAH PULUN
PULUN SAMPAI MENANG

.....Tahniah KEDAH...


Bahang Piala PIALA MALAYSIA  Sampai Kemuncak


MARI MAKAN KUIH BANGKIT
MAKAN BERSAMA DENGAN CIK MAMAT
AYUH BANGKIT SELANGOR ANGKIT
TAHUN 2017 JADIKAN AZIMAT




Ahad, 30 Oktober 2016

FINAL PIALA MALAYSIA 2016


BAHANG FINAL PIALA MALAYSIA 2016 - SELANGOR vs KEDAH (30.10.16- STADIUM SHAH ALAM,SELANGOR)

Assalamualaikum, Salam  Ahad (30.10.16)

SIAPA JUARA ? SELANGOR atau   KEDAH  

Bahang Final Piala PIALA MALAYSIA 2016 sampai kemuncaknya tepat jam 8.45 mlm ini...siapa pemenangnya ?

Oleh kerana bola itu bulat agak sukar untuk meramalkannya kerana kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan tersendiri. Jangan lupa jumpa di Stadium Shah Alam malam ni...ayukkk.



Bahang Piala PIALA MALAYSIA  Sampai Kemuncak




GAMBAR : BERITA HARIAN 30.10.16